f o l l o w e r s

Saturday, May 14, 2011

result exam semester 3

seperti biase ta dapat DEKAN ataupun kat poli dipanggil AKJ ..

tape , tape janji tade gagal kan kan ~~

pointer sem ni menurun tapi pointer keseluruhan ade peningkatan 0.01 ..

yang penting konsisten , pointer semester 3 masih diatas 3.40 ..

ALHAMDULILAH , sem 4 , 5 dan 6  hafizz zainal akan buat dengan lebih lagi .

CHAIYOK CHAIYOK

Thursday, May 12, 2011

doktor dan pesakit mental.

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan
melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan
Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk
pemeriksaan terakhir.

“Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau
Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu
sini sedikit masa lagi” Terang Doktor pada Ahmad.

“Baik Doktor Ahmad sedia menjawab” jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

“Awak nampak cahaya tu” tanya Doktor

“Nampak Doktor” jawab Ahmad tersenyum.

“Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad” arah Doktor tu pada Ahmad.

“Kat Dinding tu?” tanya Ahmad tersenyum.

“Ye laaa” jawab Doktor.

“Hi hi hi saya tak gila lah Doktor……tak nak lah saya buat..” jawab Ahmad

“mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini…awak lulus ujian saya..” Doktor
berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu
gate.

“Tunggu tunggu Ahmad” Doktor memanggil balik Ahmad.

“Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?” tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.

“Hi hi hi…Doktor ingat saya bodoh ker Doktor…..kalau saya
panjat…..saya pegang cahaya tu….Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu
saya akan terjatuh…” jawab Ahmad selamba

“mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad” kata Doktor pada Ahmad.

“Baik nya doktor…..” sukanya hati Ahmad

Monday, May 9, 2011

Tahukah Anda? / Do you know these fact?

1. Six-year-old laugh an average of 300 times a day. Adults only laugh 15 to 100 times a day.

2. Chewing gum while peeling onions will keep you from crying

3. There are no words in the dictionary that rhyme with orang, purple and silver

4. It takes about 20 seconds for a red blood cell to circle the whole body

5. The "sixth sick sheik's sixth sheep's sick " is said to be the toughest tongue twister in English      Language

6. The words 'racecar', 'kayak', and 'level' are the same whether they are read left to right or right to  
     left (palindromes)

7. Our eyes are always the same size from birth, but our nose and ears never stop growing

8. Dolphins sleep with 1 eye open

9. Sneezing stops heart beat for a second and then continues

10. Tortoise has very sharp teeth, it can rip open the stomach of whale with its teeth

kisah cinta paku dan kayu

SITUASI INI BERLAKU DI KL SENTRAL YANG MENGISAHKAN DUA ORANG PASANGAN :

SITUASI 1 :
saya ternampak ada dua orang pasangan orang kurang upaya (OKU) tetapi disinar mata mereka , mereka sangat bahagia walaupun tiada kemampuan seperti orang lain . kedua-dua mereka tidak boleh berjalan , si suami berjalan meggunakan tongkat manakala si isteri berkerusi roda . saya dapat meihat keakrapan mereka bersatu dan saya mengagumi mereka 

SITUASI 2 :
saya juga terlihat dua orang pasangan melayu dimana lelakinya adalah sangat kacak dan wanita itu sangat lawa  seperti pasangan tadi juga mereka kelihatan gembira disampig gelak ketawa sambil berpelukan tetapi ada ikatan pun saya tidak tahu . disamping itu juga mereka berdua memandang sinis orang lain seperti orang lain jijik di mata mereka .. saya sekali sekala memerhatikan mereka mungkin mereka berasa bangga tetapi jauh di lubuk hati saya , saya annoyinng dengan mereka ..

BERdasarkan kedua dua situasi ini saya dapat menilai bahawa paras rupa bukanlah segalanya tetapi perasaan terima dan menerima amat penting di dalam suatu hubungan , walaupun cacat saya melihat mereka mungkin mencintai satu sama lain lebih daripada pasangan yang boleh dikatakan hot itu .. 

maaf pasangan hot , saya memandang anda kerana walaupun anda berpakaian branded ke , make up sepuluh inci ke , respect saya saya berikan kepada pasangan yang hodoh dan cacat kerana mereka adalah golongan yang lebih baik dari anda berdua ..

sekian terima kasih , sesungguhnya semakin  umur meningkat allah telah menunjukkan satu satu perkara kepada insan yang bernama hafizz zainal . saya berbangga kerana saya bertambah matang dari hari ke hari .. ALHAMDULILAH =))

Monday, May 2, 2011

mesej tersembunyi pernyerangan ..

masih ingat kah lagi pada peristiwa dimanA aeroplane langgar bangunan kan kan ,

sekarang mari buat uji kaji .. 
nombor plat aeroplane tersebut adalah 

 Q33 NY
LEPAS TU BOLDKAN,

Q33 NY

THEN SAIZ TULISAN 48 DAN TUKARKAN TULISAN KEPADA WINGDINGS ..
IA AKAN JADI SEPERTI INI ,

Q33 NY

MESEJ TELAH DISAMPAIKAN






Sunday, May 1, 2011

kisah penunggu istana Billah

kisah ini menjadi hangat selepas filem ini telah dikeluarkan berdasarkan kisah benar ( tpi aku tak tahu pelakon die yg benar atau diulang lakon ) 

pada malam semalam aku dan kawan-2 aku menonton kira filem dokumentari mengenai penuggu istana Billah dimana mereka membuat kajian kerana pengarah filem "warkah terakhir " telah diganggu ..


SERAM KAN KAN , IA DIBINA KIRA BERPULUH TAHUN @ BERATUS TAHUN DAHULU.

ini sedikit info mengenai penunggu istana Billah ini :


GENRE seram barangkali satu alternatif terbaik untuk memancing penonton ke pawagam. Bukan sebagai jalan pintas tetapi genre seram merupakan satu percaturan yang bijak. Adaptasikan sahaja genre itu dalam genre komedi, pasti ia menjadi naskhah komedi seram. Adunan elemen sama dalam genre drama mahupun suspen pasti menjadikan ia suspen seram atau drama suspen. Hasilnya, sebusuk manapun filem genre seram atau hantu itu, ia pasti mencuit perasaan penonton.

Selepas filem-filem seram seperti NgangkungKhurafat,Hantu Kak Limah Balik RumahDi Larang Masuk danSenjakala, sinema tempatan tahun ini akan menemukan penontonnya kepada sebuah lagi filem seram yang sedikit lari daripada genre semasa.

Penunggu Istana disebut-sebut sebagai filem seram paranormal pertama di Malaysia, ia bukanlah filem pertama yang diterbitkan Primeworks Studios yang pernah bekerjasama dengan Skop Productions menerusi Khurafat arahan Syamsul Yusof. Berbeza dengan filem seram lain, Penunggu Istana dihasilkan berdasarkan penemuan sebuah pita rakaman yang mengandungi kejadian paranormal di sebuah rumah tinggalan yang dikenali sebagai Istana Billah.
Boleh dikategorikan sebagai filem dokumentari, Penunggu Istana memaparkan kisah benar pencarian kumpulan paranormal The Seekers Team yang menjejaki misteri istana tua yang terbiar di Perak, Istana Billah. Pada Februari 2009, krew sebuah produksi televisyen yang menjalani penggambaran untuk siri drama Warkah Terakhir mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dahsyat di istana itu. Rentetan itu, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenar.

Bekerjasama dengan pengarah drama Warkah Terakhir, Wan Hasliza, mereka bermalam di istana berkenaan selama tujuh malam berturut-turut. Kumpulan itu akhirnya menyedari bahawa mereka tidak bersendirian bahkan ditemani oleh penunggu sejak hari pertama tiba. Aktiviti paranormal yang berlaku di Istana Billah bukan saja menjadi buah mulut orang kampung tetapi turut diakui sendiri oleh kru Warkah Terakhir yang pernah menjalani penggambaran di sana sebelum ini.
SEPASUKAN pelajar (dari kiri belakang) Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Mustaqim Mohamed Zaki manakala barisan depan dari kanan, Nor Zafirah Abd. Rahim dan Amar Asyraf.
Misteri Istana berpuaka berusia lebih 100 tahun itu akan dikongsikan dengan penonton Malaysia mulai 21 April ini. Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, Penunggu Istana memaparkan rangkuman rakaman video yang dirakamkan lima pelajar dengan bantuan ahli kumpulan pencari aktiviti paranormal, Seekers.
Ditayangkan selama 90 minit, filem ini adalah cantuman daripada pita rakaman terakhir yang membuat kajian aktiviti paranormal di istana itu. Kajian lima pelajar itu akan dipaparkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video yang diperoleh mereka sendiri. Cantuman rakaman sepanjang 15 hari itulah yang difilemkan bagi mencari jawapan terhadap kejadian yang mengerikan.
Filem itu turut mendapat kerjasama daripada pengarah Warkah Terakhir, Wan Hasliza. Selama tujuh hari mereka bermalam di istana itu, segala bukti kewujudan makhluk ghaib dan tragedi yang berlaku sepanjang penyiasatan itu dirakamkan sendiri oleh mereka. Individu yang lemah semangat atau mudah terkejut, berfikirlah dahulu sebelum menonton filem berkenaan kerana ia bukan rekaan semata-mata.












apa pula alasan uncle seekers sila buka link ini :

http://uncleseekers.blogspot.com/2011/03/filem-penunggu-istana-di-pawagam-21-4.html

dan halangan dari waris istana billah ini :

http://www.meow.my/waris-istana-billah-kesal-pembikinan-filem-penunggu-istana-tiada-izin-waris.html

dan feedback dari penonton :

http://youspelledmyname.blogspot.com/2011/04/penunggu-istana.html

quo .. of the day



"Man makes the Money, Money never 


makes the Man!" (Or Woman)